31 January, 2006

Kejohanan Merentas Desa 2006

Kejohanan merentas desa peringkat sekolah telah diadakan pada 26 Januari 2006. Kejohanan ini diadakan antara lain bertujuan menguji ketahanan fizikal dan kepantasan pelajar dalam larian serta memilih pemenang untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah.Sebanyak 4 kategori dipertandingkan iaitu Lelaki Bawah 15, Lelaki Bawah 18, Perempuan Bawah 15 dan Perempuan Bawah 18 melibatkan penyertaan semua pelajar mewakili rumah-rumah sukan masing-masing.

Dalam Kejohanan tersebut, Rumah Hijau telah memenangi Kejohanan dengan pungutan 1261 mata, di tempat kedua Rumah Merah dengan 1185 mata dan tempat ketiga Rumah Biru 1137 mata. Tempat terakhir adalah Rumah Kuning yang hanya mendapat 861 mata. Majlis penutup serta penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, YM Che Ku Razak bin Che Ku Mohd di Dewan Gemilang Shams.

02 January, 2006

Mesyuarat Pengurusan Shams Kali Ke-6



Mesyuarat Guru dan Kakitangan SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu pada 26 Disember 2005. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk melakukan perancangan dalam pengurusan sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2006.
Dalam ucap utama tuan pengetua YM Che Ku Razak bin Che Mohd telah menggariskan beberapa fokus untuk dijadikan teras kepada kekuatan Shams menghadapai sesi persekolahan 2006. Antaranya mengekalkan budaya kecemerlangan sekolah, meningkatkan kualiti pengurusan dan kepimpinan, meningkatkan kecemerlangan akademik, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pemantapan pembinaan dan pembangunan sahsiah islamiah warga Shams, peningkatan pembangunan fizikal sekolah, pemantapan program pembestarian sekolah, peningkatan pengurusan asrama merangkumi pembangunan fizikal dan program asrama, pemantapan kokurikulum sekolah, memperkasa hubungan dalaman dan luaran melalui kerja berpasukan dan akhir sekali menanam kecintaan warga Shams terhadap sekolah ini.

22 December, 2005

Pengumuman Keputusan PMR Tahun 2005

Keputusan PMR yang diumumkan hari ini menunjukkan SHAMS masih memperlihatkan kekuatan dalam pencapaian akademik dengan 99 orang pelajar yang mengambil peperiksaan PMR pada tahun 2005 memperoleh 'Straight A' iaitu 9A. Salah seorang pelajar SHAMS iaitu Nurul Huda binti Embong telah berjaya muncul sebagai pelajar terbaik peringkat kebangsaan.

Analisis serta perbandingan akan diterbitkan nanti. Berikut adalah pelajar-pelajar yang memperoleh 9A.
Afina Fathinsakinah Binti Che Mohd Sefai, Ahmad Asyraf Bin Mohd, Ahmad Fadhil Bin Mohd Razif, Ahmad Shahir Bin Ghazali, Amira Farahida Binti Ghazali, Anis Adiba Binti Omar, Che Fatin Humaira Binti Che Yusuf, Engku Mohammad Fahmi Bin Engku A Rahman, Ezatul Fariha Binti Zakaria, Farah Mardhiah Binti Khairuddin, Fateen Noor Amiera Binti Mohamad, Fatin Farhana Bt Mohd Ali, Fatin Khalilah Binti Hussain, Fatin Salwanie Binti Abdul Rahman, Hanin Nazihah Binti Md Ariaf, Haziqah Binti Meor Ruslan, Hazirah Bt Mohd Azmi, Madihah Binti Uzir, Maizatul Akmal Binti Abdul Muttlib, Mohd Afiq Azlami Bin Azman,
Mohd Azfar Bin Razak, Mohd Faisal Adlan B Abdul Aziz, Mohd Firdaus Bin Abdul Aziz, Mohd Izzat Bin Mohammad Rodzi, Mohd Izzuddin Bin Ibrahim, Mohd Saiful Safwan Bin Md. Sharif, Mohd Shahrol Amin Bin Ibrahim, Mohd Taufik Bin Mohd Yin, Mohd Zulhilmi Bin Mohd Zuki, Muhammad 'Aifaa Bin Mazlan, Muhammad Azraie Bin Mat Ali, Muhammad Haziq Bin Alias, Muhammad Idil Bin Idris, Muhammad Izzat Bin Mat Aris, Muhammad Nur Dahlan Bin Abdul Razak, Muhammad Sakhawi Bin Mohd Yusof, Muhammad Syafiq Bin Azhari, Muhd Razani Bin Azmi, Nazifa Auni Bt Mohd Sani, Nazihah Bt Mohamad, Nik Hakimi Bin Nik Ali, Noor Ameira Bt Mohamed, Noor Fathihah Fatin Bt Jaffri, Noor Fatin Munirah Binti Muhamad Bakri, Noor Nadirah Binti Mohd Zakaria, Nor Afiqah Binti Yamani, Nor Aqilah Binti Kamarudin, Nur Ain Fatimah Binti Mat Zali, Nur Ain Sakina Bt Che Razaid, Nur Amalina Binti Abu Bakar, Nur Amirah Najwa Binti Ghazali, Nur Anisah Binti Taib, Nur Athirah Binti Razali, Nur Athirah Bt Mohd Sabri, Nur Hidayah Binti Ibrahim, Nur Izzati Binti Omar, Nur Shalia Binti Semanat, Nurfazreen Binti Basri, Nurul Ain Binti Obaidillah, Nurul Aisyah Binti Ahmad Zamri, Nurul Amiera Binti Asli, Nurul Fasihah Binti Che Bahar, Nurul Hasanah Bt Norman, Nurul Hazlinda Bte Johan, Nurul Huda Binti Embong, Nurul Humaira Binti Abas, Nurul Husna Binti Alias, Nurul Izzati Bt Wahib, Nurul Kaiyisah Laila Binti Ismail, Nurul Sakinah Binti Ariffin, Nurul Syuhada Binti Mohd Ali, Radhiah Binti Razalli, Rafe'ah Binti Kamarudin, Rubiah Rashada Binti Mohd Khalid, Sa'adah Binti Daud, Salmi Fatirah Binti Salim, Sayid Ahmad Aiman Bin Sayed Masri, Sharifah Norsyazwani Bt Engku Taufik, Siti Hajar Binti Mohd Ramzi, Siti Hajar Binti Zakaria, Siti Nor Aishah Binti Abd Rahman, Siti Radhianai Binti Azni, Su'aidah Aisyah Binti Md. Yusoff, Suraida Binti Alias, Suraya Afia Bt Mohamad, Syahidatul Hannan Binti Malek, Syarif Hakim Bin Mohd Fadzil, Syarifah Anis Wafa Bt Syed Mohd Azmi, Tengku Noraishikin Binti Tg.Zainal Abidi, Tuan Haniff Bin Tuan Shukri, Tuan Mohd Amirul Hasbi B. Tuan Pail, Wan Amirah Binti Wan Jaafar, Wan Haizatul Akmal Binti Che Yusoff, Wan Mohd Syahmi B Wan Sallehuddin, Wan Mohd Taufik Bin Mukhtar, Wan Muhammad Firdaus Bin Wan Zulkifli, Wan Nabilah Binti Wan Mohd Anuar, Wan Qurrotu Aini Binti Wan Sanusi dan Zaida Farhana Binti Mohd Shaladdin